Kurma merupakan makanan Sunnah yang selalunya popular dimakan ketika bulan puasa. 

Namun sebenarnya makanan  ini juga sangat elok diamalkan setiap hari kerana kandungan nutrisinya amat baik untuk tubuh badan kita.

Berikut lima khasiat kurma. Betapa rugi jika kita tidak mengambilnya sebagai makanan wajib setiap hari.

1. Mengandungi Nutrien Yang Tinggi

Fizikal luaran kurma yang kecil dan berwarna gelap mungkin tidak menarik perhatian orang untuk menikmatinya namun ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.

2. Tenaga Segera

Bagi individu yang melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat mungkin boleh menjadikan kurma sebagai ‘power bar’ yang baru.

Ini kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih bersenam.

3. Diet Sihat

Kurma juga mampu membantu dalam kita melalui diet yang sihat. Untuk individu yang sedang berusaha menurunkan berat badan mungkin boleh memasukkan kurma kedalam senarai makanan mereka.

Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak.

Caranya dengan melecekkan kurma dan digaul dalam segelas susu rendah lemak. Campuran ini sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.

4. Membantu Mengurangkan Sembelit

Pengambilan kurma secara konsisten juga mampu menyelesaikan dan menghindarkan kita dari masalah sembelit.

Umum mengetahui masalah sembelit sangatlah menyeksakan dan seterusnya boleh menyumbang kepada penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!

Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.

5. Menyihatkan Jantung

Jantung merupakan enjin dalam kehidupan manusia. Jadi adalah menjadi satu faktor penting mengapa ia perlu dijaga dengan rapi.
Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung.
Caranya mudah rendamkan ia semalaman, kemudian lecekkan pada waktu pagi dan makan.

Di Raudhah Grocer, terdapat aneka jenama kurma dijual pada saiz pelbagai untuk pilihan anda. Jika tidak sempat ke Raudhah Grocer, beli sahaja secara online di sini.

Leave a Reply