Skip to main content
search
0

Cart

Assalamualaikum w.b.t..

Pertama sekali saya panjatkan segala kesyukuran kepada Illahi kerana dengan limpah kurnia dan perkenannya Malakat Grocer Putra Perdana telah beroperasi lebih dari 4 bulan.

Terima kasih juga kepada semua warga Putra Perdana Puchong dan juga ahli-ahli dan AJK Masjid Putra Perdana atas sokongan yang diberikan.

Alhamdulillah sejak dari mula beroperasi Ogos lalu beberapa aktiviti komuniti telah dijalankan oleh pihak Malakat Grocer Putra Perdana bersama-sama dengan pihak Masjid Putra Perdana. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:

1. Bantuan Susu Kanak-kanak untuk golongan Asnaf di Malakat Grocer Putra Perdana

2. Bantuan Susu untuk kanak-kanak golongan asnaf di Masjid Putra Perdana

3. Bantuan makanan asas dan susu kanak-kanak di Malakat Mall

4. Bantuan subsidi Makanan selama setahun untuk lebih 40 orang penerima di Malakat Grocer Putra Perdana

5. Sudut infaq di Malakat Grocer untuk golongan yang memerlukan makanan asas mendapatkan keperluan seadanya dan peluang kepada golongan berupaya untuk menginfaqkan barangan makanan asas buat mereka yang memerlukan.

Insya Allah projek-projek komuniti ini akan terus disambung bagi membantu golongan yang memerlukan di kawasan Taman Putra Perdana Puchong.

Keselesaan anda pejuang-pejuang Malakat Grocer sentiasa menjadi keutamaan kami. Atas dasar itu sejak hari pertama beroperasi sehingga ke saat ini kami sentiasa menjalankan proses-proses penambahbaikkan di Malakat Grocer untuk keselesaan dan menjaga kepentingan anda pelanggan-pelanggan kami. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Perubahan kaunter pembayaran dan rak-rak barangan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ke bahagian depan kedai.

2. Penyatuan kiosk makanan Red Hot dan boba Tea (Tea Amo) ke bahagian depan kanan kedai.

3. Penambahan jenis-jenis produk keperluan ke dalam Malakat Grocer Putra Perdana.

4. Kajian dan adjustment harga barangan Malakat Grocer Putra Perdana bagi memastikan harga barangan yang di jual di Malakat Grocer Putra Perdana mengikut harga pasaran.

5. Jaminan kepuasan dan mutu produk dari Malakat Grocer Putra Perdana. Pelanggan boleh menukar barangan yang dibeli jika ianya tidak berada dalam keadaan yang sepatutnya.

Alhamdulilah atas sokongan kuat yang diberikan oleh penduduk-penduduk Taman Putra Perdana Puchong telah berjaya membuatkan jualan setinggi RM200,000 pada bulan 10 yang lepas.

Namun perjalanan Malakat Grocer Putra Perdana masih jauh. Kami sedar yang kami mempunyai tangungjawab yang besar kepada komuniti Putra Perdana. Kami di sini bukan sekadar untuk membuat jualan.

Dengan sokongan tuan puan, Malakat Grocer telah berjaya memberi subsidi jualan ayam serendah 9.99 seekor terhad seekor satu keluarga. Selain itu, kami juga telah berjaya memberi bantuan subsidi makanan RM30 secara bulanan kepada penduduk Putra Perdana selama setahun.

Tanpa sokongan tuan puan, tidak mungkin kami mampu untuk meneruskan bantuan ini untuk komuniti di sekeliling Malakat Grocer.

Misi Malakat Grocer secara umumnya ialah untuk membina satu ekosistem ekonomi Islam yang bebas Riba dan ketidak bergantungan kita kepada pelabur luar negara.

Tuan-tuan dan Puan-puan sudah lebih dari 63 tahun sejak kita merdeka, kita masih lagi mengharapkan atau bergantung kepada pelabur-pelabur asing.

Walaupun sekadar jualan barangan runcit kita banyak bergantung kepada pelabur luar seperti Tesco dan Giant.

Tak cukup dengan itu daging lembu dan ayam pun kita import dari luar. Dan viral yang terbaru sekarang terbongkarnya kisah daging yang di import sekian lama ke dalam negara kita ini adalah TIDAK HALAL.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekali, inilah yang berlaku kepada nasib anak bangsa kita bila kita masih lagi menaruh harap dan terus menyokong pelabur asing. Kita dimain-mainkan, Halal dan Haram tidak diendahkan. Yang penting dapat jual murah dan dapat buat untung.

Di Malakat Grocer, ayam kami didatangkan dari pembekal Din Food Marketing yang diambil dari ladang di Seksyen 26, Kawasan Perindustrian Hicom, Shah Alam. Walaupun di kedai lain ada yang menjual ayam serendah RM5 seekor tetapi sejauh manakah tahap kehalalan ayam itu? Adakah kita yakin ayam itu dari sumber yang bersih dan disembelih dengan cara Islam yang sempurna?

Begitu juga daging lembu segar di Malakat Grocer, diambil dari pembekal Angah Livestock yang mempunyai sijil halal Jakim/(S)/(22.00)/492/2/3060-12/2017 dan lembu ini datangnya dari ladang di Temerloh Pahang. Lembu yang sampai ke Grocer kami akan pastikan mempunyai tag penyembelihan agar kesahihan cara pemotongan yang mengikut prosedur ditepati.

Ini adalah seiring dengan prosedur “double halal verification” di Malakat Grocer. Setiap barangan yang masuk kami akan periksa halal nya sekali lagi. Jika produk tidak mempunyai lagi logo halal, kami akan pastikan sumber nya dari sumber pembuatan yang halal.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, mencari dan memastikan makanan yang kita makan itu Halal adalah satu kewajiban kita semua.

Kita sekarang berada dalam akhir zaman. Zaman yang dimana Dajjal akan keluar untuk mengawal dunia bermula dengan makanan dan minimum demi mahukan kita beriman padanya jika kita mahukan makanan dan minuman.

Atas dasar ini lah Tuan-tuan dan Puan-puan semua Malakat Grocer di wujudkan. Dan sasaran kami ialah untuk mempunyai 1000 cawangan Malakat Grocer di seluruh Malaysia.

Projek ini perlu dilaksanakan bagi memastikan kita mempunyai rangkaian pemasaran kita sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang atau pelabur luar.

Warga Putra Perdana sangat beruntung kerana lokasi anda menjadi lokasi pertama adanya Malakat Grocer ini.

Namun disini kami ingin merayu sokongan yang tidak belah bagi dari semua warga Taman Putra Perdana untuk terus membeli dan mengajak jiran-jiran dan semua ahli keluarga anda yang berada di Taman Putra Perdana Puchong ini untuk membeli segala barangan keperluan harian anda hanya dari Malakat Grocer Putra Perdana Puchong (Alpha Arena).

Kita tak punyai banyak masa lagi, perjuangan membina ekosistem ekonomi Islam yang bebas Riba ini sangat penting, mungkin kita sendiri tak berpeluang untuk menikmati hasilnya tetapi buat generasi anak-anak cucu-cucu kita, misi ini sangat penting dan kita mohon doa banyak-banyak pada Allah untuk Allah jayakan usaha kita ini demi untuk mencari redhanya.

Untuk itu sekali lagi kami di Malakat Grocer Putra Perdana Puchong memohon untuk anda sama-sama viralkan dan sebarkan maklumat ini kepada semua kawan-kawan, jiran-jiran dan ahli keluarga anda yang belum menjadi pelanggan Malakat Grocer untuk hijrahkan pembelian barangan runcit mereka dengan hanya membeli segala keperluan barangan runcit anda di Malakat Grocer.

Jika ada barangan yang anda biasa guna beritahu kami

Jika harga barangan yang biasa anda guna mahal – beritahu kami

Jika servis kami tak memuaskan – beritahu kami

Untuk sebarang aduan berkenaan Malakat Grocer Putra Perdana ini boleh whatsapp/sms kepada Pn Hani di 019-2688519.

Akhir kata, kami mohon maaf diatas segala kekurangan atau ketidaksempurnaan dalam tempoh 4 bulan lebih sejak kami mula beroperasi di kawasan Alpha Arena ini.

Terus zahirkan sokongan anda dan bantu kami viralkan mesej ini kepada semua warga Taman Putra Perdana Puchong.

Jazakallah

Hani
Khadam Ummah
COO Malakat Grocer

4 Comments

  • Kamariah Misran says:

    Insyaallah saya sentiasa menyokong produk dari syrikat malakatvrocer…yg halal itu pasti…moga sama² dirahmati Allah ..

  • izham says:

    salam
    di malakat mall sbg ahli setiap pembelian akan dikreditkan ke dlm akaun ahli. adakah ini dpraktikan di raudah grocer terima kasih

  • Hayati Ghazali says:

    Assalamualaikum Tuan/Puan,

    Saya nk tanya bagaimana nk jadi ahli Malakat Mall (share).
    Apa syarat2 nya?
    Sekian terimakasih.

    Hayati Ghazal
    012 242 5482

  • Shahrin says:

    Assaalam,
    Adakah MALAKAT GROCER mempunyai sistem franchais.

    Sekian terima kasih
    Shahrin

Leave a Reply

Close Menu